Doaku Untuk Ibuku Tercinta

anak perempuan mengaji
berdoa setelah sholat photo credit

Ya Allah, Engkau rahmatilah ibuku. Aku memohon rahmatMu dan keampunanMu untuknya.

Ya Allah, Engkau anugerahkanlah kepada beliau kesehatan yang berpanjangan kerana dia telah mengandung diri ini dengan susah payah.

Ya Allah, Engkau anugerahkanlah sebesar-besar ganjaran kepadanya kerana telah melahirkan aku.

BEST SELLER ❤️️ Gamis Babydoll Balo, hanya 129ribu (CEK ALBUM INI) 😉 jangan sampai kehabisan ya! free ongkir by...

Posted by Debusana on Monday, January 4, 2016

Ya Allah, naungilah ibuku dengan kasih sayangMu karena beliau telah menyusui diri ini dengan penuh kasih sayang.

Ya Allah, anugerahkan ganjaranMu diatas kesabarannya yang telah membesarkan aku.

Ya Allah, Engkau kurniakan kepadanya darjat yang tinggi di sisiMu diatas ketabahannya menanggung kesedihan dan kekecewaan dengan perangai diriku yang menyakiti hatinya, mengaibkannya dengan berbagai perbuatan ku.

Ya Allah, anugerahkan kepada ibuku semulia-mulianya tempat di sisiMu kerana dia tidak pernah mengharapkan balasan apa pun diatas setiap pengorbanannya dari ku.

Ya Allah, kurniakan kepadanya iman yang sempurna. Kesehatan tubuh badan yang berterusan. Mendapat Ilmu yang bermanafaat. Dimurahkan rezeki yang halal.

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dosa-dosanya melainkan Engkau ampunkan jua.

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkan mereka dengan kurnia dan nikmatMu.

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani dia dengan hidayah dan petunjukMu.

Aamiin..

#baktianak #doaanak #doauntukibu #kasihibu #rahmatAllah

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *